Sistem Pengurusan Kelulusan KDN (ezApprove) adalah merupakan satu sistem pengurusan kelulusan dokumen yang digunakan oleh peringkat Pengurusan Tertinggi KDN serta Ketua Jabatan di Jabatan/Agensi di bawah KDN.

Sistem ini berfungsi untuk mengautomasikan pengurusan kelulusan dokumen yang boleh diakses dan ditadbir secara dalam talian.

Sistem ini meliputi proses permohonan, ulasan, perakuan dan kelulusan serta peranan penyelaras Bahagian/Jabatan/ Agensi.

Sistem ini telah go-live bermula 1 November 2021.