Sistem Pengurusan Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (ezApprove)

Dasar Privasi

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengguna sistem.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi yang dikumpul semasa pengguna melayari sistem ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui pendaftaran di bahagian yang dilindungi di dalam sistem ini. Sistem ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas sebab keperluan peranan pengguna tersebut di dalam sistem dan telah mendapat persetujuan daripada pengguna melalui proses pendaftaran.

Data Peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat e-mel
  • Bahagian/Jabatan/Agensi
  • No Telefon
  • Peranan

Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Sistem ini digunakan oleh pengguna yang berdaftar daripada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KDN sahaja dan maklumat yang dikumpul hanya untuk kegunaan dalam sistem ini dan tidak digunakan untuk tujuan lain.

Pengurusan kawalan capaian dokumen yang dimuat naik/dimuat turun oleh pengguna dalam sistem ini adalah mematuhi Dasar Keselamatan ICT KDN.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 20 Jun 2022